Ahad, 13 Jun 2010

Kenangan Semasa Dulu

Kenangan mengimbau kembali tak kala semasa aku sedang mengemas-ngemas barang2 yang tercorot kat bawah katil. Terjumpa aku sebuah album lama yang masih tersimpan dgn kukuh dan masih molek lagi. Iaitu album semasa aku di MPIK dahulu. Tak kala aku membukanya aku melihat sekeping foto ini yang memberi gambaran bahawa hidup keluarga masing2 adalah orang susah. Maybe ada segelintir rakan2 yang datang dari kelurga yang berada / senang. Kami tinggal di satu rumah sewa di No. 16, Jln Ikhlas dengan  sewa bulanan sebanyak RM900.00. Itu tidak termasuk bayaran bil eletrik dan air. Kami berkongsi sebanyak RM100 seorang. Bermakna itu sudah mencukupi untuk membayar sewa rumah dan settle bil-bil kerana kami tinggal lebih kurang 11 orang. Dan pada konvokesyen ini kami bertemu kembali selepas masing2 dipostkan untuk mengajar ke seluruh pelusuk negara. Kami juga sama2 menerima penganugerahan dari MPIK setelah habis belajar selama 2 tahun setengah. Konvo ini telah diadakan di Dewan Tuanku Cancelor Universiti Malaya. Segala penat lelah dan kesenangan sekarang adalah bermula dari dahulu suatu masa dahulu bergelar student maktab.

Dan maybe sekarang ramai rakan2 telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Khamis, 10 Jun 2010

Tambah Ikon Favicon Ke Blogger URL

Pernahkah anda bertanya-tanya bagaimana ikon kecil muncul di sebelah alamat web, seperti yang anda lihat di atas? Apabila anda melawat laman ini atau penunjuk mereka, ikon ini akan membuat URL ini menonjol. Ini adalah "Favicons" atau "Ikon Pilihan".


Pertama sekali anda perlu mempunyai ikon yang anda ingin gunakan. Format ico. .gif  atau .png. Jika anda mencari dalam hard disk anda, anda mungkin menemui beberapa ikon yang generik. Saya mencadangkan agar anda membuat satu untuk mewakili identiti unik anda sendiri. Ada cukup banyak editor ikon perisian bebas yang boleh anda muat turun dari internet.  

Sementara saya sendiri, saya  mengubah gambar ke dalam format. gif. Saya membuat gambar menggunakan PhotoImpact 8. Anda boleh menggunakan gambar atau foto jika anda mahu membuatnya. Hal ini lebih mudah. Walaupun anda boleh membuat ikon dalam 2 saiz - 16x16 dan 32x32 - saya  cadangkan anda membuat ikon dalam pixel 16x16 adalah lebih baik kerana boleh dibaca di kebanyakan browser.

Icon yang telah dibuat tadi anda boleh upload dan simpan di mana-mana tempat spt. photobucket atau picasa web album atau di mana2 tempat yang anda suka yang banyak di internet. Selepas anda meng'upload' tadi anda pastikan alamat URL tadi. Copy dan Paste ke dalam MSword atau notepad dahulu.

Selepas itu anda kembali ke dashbord blogger anda dan di bawah tab Template, pergi ke "Edit HTML". :- 
Di bahagian atas template anda cari kod seperti di bawah: -

KE DUA-DUA KOD DI BAWAH LETAK DI SINI

Di bahagian bawah ini anda salin ke dua-dua kod di bawah ini




Sebab saya guna icon format GIF, saya akan gunakan seperti di atas.
Perkataan yang berhuruf merah di atas anda tukarkan kepada URL icon yang anda simpan dalam msword atau notepad tadi Copy dan Pastekan ke tempat tersebut. Lepas tu tekan Simpan/Save dan cuba lihat hasilnya.

Kalau nak cepat keluar icon Favicon guna pelayan Mozila Firefox, IE lambat sedikit untuk mendapat pengesahan. Selamat mencuba dan berjaya.

Kalau nak tengok sumber yang lebih baik anda boleh klik di sini

Ahad, 6 Jun 2010

Al-Fatihah buat Cgu Ayob

Pagi tadi (10 pgi) aku ada terima satu panggilan dari seorang rakan, Zahram. Dia tanya aku "mu tahu dah ko Cgu Ayob dah tiada". Terdiam sekejap aku pada waktu itu sambil sempat mengucapkan "InnaLillah wainnnailahirajiun. Aku bertanya lagi untuk pengesahan, biar betul kerana aku lama dah tak jumpa dengannya. Untuk mendapat pengesahan yg sebenar aku call mywife, sebab masa tu dia berada di Manal rumah mak. Dia terus dia pegi ke rumah Ayah cgu ayob bertanyakan tentang perkara tersebut. Kebetulan ayahnya ada dan dia kata Cgu dah meninggal dan masih berada di hospital Tanah Merah. Beliau dijangka
disemadikan pada petang selepas Asar.

Pada petang tadi aku pergi ke rumah adik Allahyarham untuk menziarahi jenazah. Masa aku sampai jenazah sedang dimandikan. Aku sempat menjenguk ke dalam bilik tempat jenazah dimandikan. Selepas itu aku berjumpa dengan adik ipar Allahyarham, Cgu Aziz dan aku bertanya sambil berbual-bual dengannya. Selepas itu jenazah dibawah ke tanah perkuburan di Jalan Kubur, Tanah Merah untuk disemadikan.
(Gambar tidak dapat disiarkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)

Takziah sekali lagi buat Allahyarham Cikgu Ayob Ab. Rahman kerana kembalinya ke rahmatullah pada hari ini pukul 10.00 pagi 6/6/2010.

Jumaat, 4 Jun 2010

Cuti Sekolah Penggal 1 Bermula

 
Pada hari ini Jumaat bersamaan 4 Jun 2010, sekolah-sekolah Ketogori A semuanya mula bercuti. Bagi anda yang bercadang atau berura-ura hendak pergi melancong, makan angin atau buat apa-apa pn bolehlah. Asalkan mendatangkan faedah untuk kelurga dan anak-anak. Begitu juga bagi pelajar2 semua, jadikan cuti ini suatu tempat untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi jangan kita lupa kepada rakan guru-guru yang mengajar kelas tambahan pada masa cuti ni.. Mereka ini harus di beri pujian dan terima kasih kerana sanggup menggadaikan masa cuti mereka untuk kepentingan anak2 didik kita semua. Justeru itu juga, kita haruslah sama2 memberikan semangat dan dorongan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan demi anak bangsa 1 Malaysia ini.

Khamis, 3 Jun 2010

Rumah Baru

Aku ada satu cerita nak cerita pada kau org semua, bahwa aku akan menduduki rumah baru tak lama lgi. Maybe pada bulan Oktober nanti. Ooo lps raya la tu.. Siap ko tidak tak tahu lagi. Al- maklumlah teruja sgt nak naik rumah baru oooiii. Rumah ni sebenarnya dalam proses pembinaan. Sekarang telah hampir 50% siap, betul ke tidak 50% aku pun tak reti juga. Semasa aku menulis artikel ini rumah tersebut telah naik kayu atas. Tahu ko dok maksud aku tu. Maksud oghe kelate kato "Naik Kakas Atas lah'.. pehe ko dok.. kalu tk faham dok senyap atau tanya oghe tua-tua atau lama. Kalu nk tgk rumah yg terbaru dalam proses pembinaannya, lihat gambar di bawah ni..

Gambar pada 30 Mei 2010

Gambar pada 1 Jun 2010





Rumah pada 7/8/2010


Template Update

Tak ada apa kijo, jadi aku terfikir juga, aku nak edit template web blog aku. Sambil aku tercari-cari tu ; aku terjumpalah satu webblog ini. Template nya "veri nice' juga lh'. Jadi aku pun carilah template yang menyerupai webblog tersebut. Hampir memakan masa juga aku mencarinya, kerana link template ni tak sama dengan links yang diletak di bawah template tu.. Akhirnya aku jumpa juga dan terus aku tgk demonya dan aku pun apa lagi download la.. Tgk la apa dah jadi dgn tempale aku sekarang.. cantikkan gitu..
Related Posts with Thumbnails
 
Tok Copong's Page Copyright © 2009 - 2012 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template