Ahad, 13 Jun 2010

Kenangan Semasa Dulu

Kenangan mengimbau kembali tak kala semasa aku sedang mengemas-ngemas barang2 yang tercorot kat bawah katil. Terjumpa aku sebuah album lama yang masih tersimpan dgn kukuh dan masih molek lagi. Iaitu album semasa aku di MPIK dahulu. Tak kala aku membukanya aku melihat sekeping foto ini yang memberi gambaran bahawa hidup keluarga masing2 adalah orang susah. Maybe ada segelintir rakan2 yang datang dari kelurga yang berada / senang. Kami tinggal di satu rumah sewa di No. 16, Jln Ikhlas dengan  sewa bulanan sebanyak RM900.00. Itu tidak termasuk bayaran bil eletrik dan air. Kami berkongsi sebanyak RM100 seorang. Bermakna itu sudah mencukupi untuk membayar sewa rumah dan settle bil-bil kerana kami tinggal lebih kurang 11 orang. Dan pada konvokesyen ini kami bertemu kembali selepas masing2 dipostkan untuk mengajar ke seluruh pelusuk negara. Kami juga sama2 menerima penganugerahan dari MPIK setelah habis belajar selama 2 tahun setengah. Konvo ini telah diadakan di Dewan Tuanku Cancelor Universiti Malaya. Segala penat lelah dan kesenangan sekarang adalah bermula dari dahulu suatu masa dahulu bergelar student maktab.

Dan maybe sekarang ramai rakan2 telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Tok Copong's Page Copyright © 2009 - 2012 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template