Khamis, 10 Jun 2010

Tambah Ikon Favicon Ke Blogger URL

Pernahkah anda bertanya-tanya bagaimana ikon kecil muncul di sebelah alamat web, seperti yang anda lihat di atas? Apabila anda melawat laman ini atau penunjuk mereka, ikon ini akan membuat URL ini menonjol. Ini adalah "Favicons" atau "Ikon Pilihan".


Pertama sekali anda perlu mempunyai ikon yang anda ingin gunakan. Format ico. .gif  atau .png. Jika anda mencari dalam hard disk anda, anda mungkin menemui beberapa ikon yang generik. Saya mencadangkan agar anda membuat satu untuk mewakili identiti unik anda sendiri. Ada cukup banyak editor ikon perisian bebas yang boleh anda muat turun dari internet.  

Sementara saya sendiri, saya  mengubah gambar ke dalam format. gif. Saya membuat gambar menggunakan PhotoImpact 8. Anda boleh menggunakan gambar atau foto jika anda mahu membuatnya. Hal ini lebih mudah. Walaupun anda boleh membuat ikon dalam 2 saiz - 16x16 dan 32x32 - saya  cadangkan anda membuat ikon dalam pixel 16x16 adalah lebih baik kerana boleh dibaca di kebanyakan browser.

Icon yang telah dibuat tadi anda boleh upload dan simpan di mana-mana tempat spt. photobucket atau picasa web album atau di mana2 tempat yang anda suka yang banyak di internet. Selepas anda meng'upload' tadi anda pastikan alamat URL tadi. Copy dan Paste ke dalam MSword atau notepad dahulu.

Selepas itu anda kembali ke dashbord blogger anda dan di bawah tab Template, pergi ke "Edit HTML". :- 
Di bahagian atas template anda cari kod seperti di bawah: -

KE DUA-DUA KOD DI BAWAH LETAK DI SINI

Di bahagian bawah ini anda salin ke dua-dua kod di bawah ini




Sebab saya guna icon format GIF, saya akan gunakan seperti di atas.
Perkataan yang berhuruf merah di atas anda tukarkan kepada URL icon yang anda simpan dalam msword atau notepad tadi Copy dan Pastekan ke tempat tersebut. Lepas tu tekan Simpan/Save dan cuba lihat hasilnya.

Kalau nak cepat keluar icon Favicon guna pelayan Mozila Firefox, IE lambat sedikit untuk mendapat pengesahan. Selamat mencuba dan berjaya.

Kalau nak tengok sumber yang lebih baik anda boleh klik di sini

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Tok Copong's Page Copyright © 2009 - 2012 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template