Ahad, 6 Jun 2010

Al-Fatihah buat Cgu Ayob

Pagi tadi (10 pgi) aku ada terima satu panggilan dari seorang rakan, Zahram. Dia tanya aku "mu tahu dah ko Cgu Ayob dah tiada". Terdiam sekejap aku pada waktu itu sambil sempat mengucapkan "InnaLillah wainnnailahirajiun. Aku bertanya lagi untuk pengesahan, biar betul kerana aku lama dah tak jumpa dengannya. Untuk mendapat pengesahan yg sebenar aku call mywife, sebab masa tu dia berada di Manal rumah mak. Dia terus dia pegi ke rumah Ayah cgu ayob bertanyakan tentang perkara tersebut. Kebetulan ayahnya ada dan dia kata Cgu dah meninggal dan masih berada di hospital Tanah Merah. Beliau dijangka
disemadikan pada petang selepas Asar.

Pada petang tadi aku pergi ke rumah adik Allahyarham untuk menziarahi jenazah. Masa aku sampai jenazah sedang dimandikan. Aku sempat menjenguk ke dalam bilik tempat jenazah dimandikan. Selepas itu aku berjumpa dengan adik ipar Allahyarham, Cgu Aziz dan aku bertanya sambil berbual-bual dengannya. Selepas itu jenazah dibawah ke tanah perkuburan di Jalan Kubur, Tanah Merah untuk disemadikan.
(Gambar tidak dapat disiarkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)

Takziah sekali lagi buat Allahyarham Cikgu Ayob Ab. Rahman kerana kembalinya ke rahmatullah pada hari ini pukul 10.00 pagi 6/6/2010.

1 ulasan:

Tips on Rabu, 28 Julai 2010 pada 1:59:00 PTG SGT berkata...

innalillahhiwainnailahirojiuun..

biar betul cikgu ayob ni mati dah?? aku pun lama dah tak jupo dia.. dia meninggal keno sakit gapo??

~naza~

Related Posts with Thumbnails
 
Tok Copong's Page Copyright © 2009 - 2012 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template